HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Jun 2016

Dakwaan Mukhriz Terengganu serah kepada Pas hanya imaginasi, kata MB

BERNAMA
 
 
Dakwaan Terengganu diserahkan kepada Pas hanya imiginasi Mukhriz sahaja, MB TerengganuDakwaan Terengganu diserahkan kepada Pas hanya imiginasi Mukhriz sahaja, MB Terengganu


Umno Terengganu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kononnya ada perjanjian Terengganu akan diserahkan kepada Pas pada pilihan raya umum akan datang.

 Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata semua itu hanyalah andaian dan imaginasi Mukhriz yang merupakan spekulasi jahat yang tidak bersandarkan kebenaran sebaliknya bertujuan menimbulkan keresahan dalam parti.

 Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata, kini anggota Umno sudah cukup matang dan spekulasi liar itu tidak mampu menggugat perpaduan dalam parti sebagaimana telah dibuktikan apabila Majlis Tertinggi membuat keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.

 "Umno Terengganu yakin parti ini bukan sahaja akan kekal sebagai kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-14 nanti tetapi bakal memperoleh undi majoriti lebih besar hasil gerak kerja yang telahpun digerakkan.

 "Sehubungan itu saya meminta Mukhriz dan semua pihak agar tidak sesekali menjadikan Terengganu sebagai modal politik untuk kepentingan peribadi," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

 Semalam dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian Umno -Pas membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.

"Saya lihat seolah-olah ada pakatan di antara pimpinan Pas dan Umno dan saya ingatkan Umno Kedah supaya bersedia untuk serahkan negeri kembali kepada Pas,"katanya.

Mukhriz berkata demikian dalam sidang media bersama Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini selepas kedua-dua dipecat dari Umno.

"Pada hemat saya ini sebagai amaran kepada Umno Kedah agar bersiap sedialah menyerahkan kerajaan negeri Kedah kembali kepada Pas.

"Nampaknya memang menjurus ke arah itu," katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Petaling Jaya petang semalam.

Tiada ulasan: