HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Jun 2016

Muhyiddin sertai pembangkang?

OBT
 

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka terus bekerjasama dengan parti pembangkang, malahan kemungkinan menjadi ahli pembangkang suatu hari nanti.

Kedua-dua bekas pemimpin Umno itu turut diramalkan tidak mungkin menubuhkan parti baharu kerana tindakan ini dipercayai hanya akan merugikan masa depan politik mereka sendiri.

Dalam temu bual dengan Orientaldaily, Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berpendapat, daripada menubuhkan parti baharu, adalah lebih baik bagi Muhyiddin dan Mukhriz bersama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Pakatan Harapan.

“Penyertaan ‘3M’ ini ke dalam Pakatan Harapan mampu bantu menguatkan barisan pembangkang. Namun, buat masa ini, mereka sudah parti sedar Pakatan Harapan sendiri masih bergelut dengan pelbagai masalah dan sukar menunjukkan kekuatannya dalam tempoh terdekat,” kata Ibrahim.

Ibrahim berkata, kemasukan Mahathir ke dalam Pakatan Harapan juga pastinya menimbulkan percanggahan pendapat antara komponen parti pembangkang berkenaan.

“Oleh itu, jika Pakatan Harapan ingin bergabung dengan 3M ini untuk memperkuatkan parti mereka, masalah dalaman antara parti komponen Pakatan Harapan ini perlukan diselesaikan segera.

“Sebagai contoh, PKR mestilah menjelaskan bagaimana hubungan mereka dengan Pas ketika ini.
"Selain itu, PKR juga perlu menjelaskan pendirian mereka mengenai isu hudud yang diperjuangkan Pas.

“Inilah antara masalah dalaman yang perlu diselesaikan oleh parti-parti pembangkang ini.

"Jika tidak, kemasukan 3M ini pun tidak mampu membawa sebarang faedah yang mampu menguntungkan kedua-dua pihak,” kata Ibrahim.

Selain itu, kata Ibrahim, sekiranya Muhyiddin dan Mukhriz benar-benar serius untuk menyertai Pakatan Harapan, perasaan tida puas hati mestinya akan datang daripada kalangan penyokong setia mereka.

“Penyertaan mereka ke dalam Pakatan Harapan tentu akan ada implikasinya kerana sebaliknya akan memberikan sokongan yang lebih kuat lagi kepada pucuk pimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Ibrahim.

Manakala pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Dr Maszlee Malik pula berpendapat, keputusan Umno untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz sememangnya dijangkakan dan mereka berdua boleh mempertimbangkan untuk menyertai Pakatan Harapan.

“Daripada menubuhkan parti baharu, adalah lebih elok untuk Muhyiddin dan Mukhriz sertai Pakatan Harapan bagi mendapatkan sokongan yang lebih besar daripada kaum Melayu.

“Namun mereka perlu sedar pengaruh Mahathir semakin hilang dan usianya pun semakin lanjut.

"Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah mereka berdua akan melakukan tindakan yang lebih agresif bagi meneruskan karier politik mereka?,” soal Dr Maszlee.

Beliau memberitahu, dalam dunia politik, musuh pun boleh bertukar menjadi kawan. Oleh itu, adalah tidak mustahil Muhyiddin dan Mukhriz kemungkinan menyertai Pakatan Harapan suatu hari nanti.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meramalkan tindakan Umno memecat Muhyddin dan Mukhriz adalah petanda PRU 14 akan diadalah lebih awal, iaitu sama ada Julai atau Ogos tahun depan.

Beliau menyifatkan tindakan Najib memecat Muhyiddin dan Mukhriz adalah keputusan yang tidak demokratik.

“Sebaliknya Najib sendiri tidak bersedia memberi penjelasan mengenai isu 1MDB yang telah disiasat dan dilaporkan secara meluas di peringkat antarabangsa,” kata Kit Siang.

Bagaimana pun, Kit Siang enggan mengulas lanjut mengenai cadangan membawa Muhyiddin dan Mukhriz menyertai Pakatan Harapan dan sukar meramalkan apakah Umno akan terus berpecah selepas ini.


Tiada ulasan: