"Ia bergantung bila pilihan raya umum akan datang. Tiada siapa yang tahu, saya tidak tahu lagi," katanya sambil ketawa.
Najib disoal sama ada beliau akan mengekalkan barisan terbaru kabinetnya selepas rombakan kali ketiga selepas pilihan raya umum 2013.
Rombakan terakhir adalah pada 28 Julai 2015 yang menyaksikan timbalan perdana menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan.
Terdahulu, dalam ucapannya bagaimanapun, perdana menteri berkata, portfolio beberapa menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berubah tidak lama lagi
Rombakan terakhir pada 28 Julai 2015 menyaksikan timbalan perdana menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan manakala jawatan menteri di jabatan perdana menteri meningkat kepada 11 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan