Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) melahirkan rasa terkejut dengan
pembunuhan Bill Kayong yang disifatkan sebagai seorang yang cepat mesra
serta komited sdalam menjalankan aktiviti sosial bagi masyarakat Dayak.
Presiden Pedas, Kapten Collin Imran Abdullah berkata, justeru, pihak mahu pihak polis segera mencari pelaku yang bertanggung jawab membunuh Kayong yang memegang jawatan setiausaha persatuan itu.
"Sepanjang mengenali mangsa (Bill), dia tak ada memusuhi sesiapa pun," katanya, memetik laporan Bernama.
Bagaimanapun, Collin berkata, tahun lepas Kayong pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang diterimanya supaya beliau jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.
"Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh," katanya.
Katanya, Pedas akan cuba membantu kebajikan keluarga Kayong termasuk soal upacara pengkebumian.
Kayong, 43, yang juga merupakan Setiausaha PKR Cawangan Miri ditembak mati kira-kira 8.30 pagi tadi ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan mangsa sebagai seorang yang amat lantang dalam memperjuangkan isu tanah penduduk.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee yang turut mengucapkan takziah berkata mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 di kawasan Parlimen Sibuti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan