Oleh Nur Atiqah Abd Samad
CYBERJAYA: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham
Shaharin, hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk menyiasat individu yang memulakan penyebaran akuan
bersumpah (SD) palsu pengatur cara komputer bebas Azharuddin Othman
pada awal Jun lalu.
Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, hanya siasatan
SKMM akan dapat membuktikan bahawa beliau tidak membayar Azharuddin
untuk menipu dalam SD pertama sebelum ini.
"Saya meminta SKMM memulakan siasatan untuk mencari siapa yang
menyebarkan benda ni. Sebab ada beberapa 'Facebook prominent'
pemimpin-pemimpin yang dikenali bersama dengan Dr Mahathir menyiarkan
benda ini, jadi siapa yang buat SKMM ada keupayaan untuk menyiasat benda
ini.
"Hari ni saya nak menuntut bersihkan nama dengan membawa orang yang
buat akuan bersumpah palsu ni ke muka pengadilan," katanya kepada media
selepas membuat laporan di bangunan Suruhanjaya Komunikasi Media
Malaysia (SKMM).
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya terhadap sebuah portal mesra
pembangkang dalam melaporkan berita yang sudah terbukti tidak sahih dan
menyifatkan ia sebagai tidak beretika.
Laporan yang difailkan beliau diterima oleh Biro Aduan Pengguna, yang enggan mendedahkan namanya.
Azharuddin pada hujung Mei lalu membuat akuan bersumpah (SD) pertamanya
dengan mendedahkan 'cara kotor' pihak tertentu yang menawarkan RM5,000
untuk membeli pangkalan data (database) rakyat Malaysia untuk
mencukupkan bilangan 1.2 juta tanda tangan bagi projek Deklarasi Rakyat.
Tidak lama selepas pendedahan itu, tersebar pula satu SD baru di
Facebook yang mengatakan Azharuddin membuat pusingan U dan mendakwa
dirinya 'diupah' untuk membaca skrip yang ditulis Chegubard.
Chegubard bersama Azharuddin kemudiannya pada 10 Jun tampil dalam
sidang media mendakwa SD terbaru yang diviralkan di Facebook adalah
palsu.
Azharuddin menafikan dirinya terlibat dalam SD terbaru itu dan bertegas
beliau kekal bersama SD pertama yang mendedahkan penglibatan Ratu Naga @
Syarul Ema dalam isu tandatangan palsu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan