Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia
berkata pemimpin PAS itu juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan
pemimpin yang tidak amanah.
PETALING JAYA: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz digesa supaya berdiri di kaki sendiri dan bukannya bergantung kepada kekuatan arwah bapanya.
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata pemimpin PAS dan Nik Abduh juga wajib bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tiada integriti.
“Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi.
“Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Rushdan turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu semula apabila mendakwa Dr Mahathir yang juga penaung GKCM sudah kehilangan taringnya.
Beliau berkata, PAS sendiri harus menilai semula kekuatan parti Islam itu selepas menerima undi terendah dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Taring PAS tidak tercabut ke dari 18,000 pada PRU13, sekarang tinggal 6,000 saja,” katanya.
Semalam, Nik Abduh menggesa Dr Mahathir kembali semula kepada Allah dengan bertaubat sebenar-benarnya dan itulah perkara yang terbaik perlu dilakukannya di hujung hayat.
Dr Mahathir juga perlu membanyakkan masa berada di tikar sejadah dan di hadapan Kaabah.
PAS yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan