(Agenda Daily) – Menjadi orang nombor dua
kepada Tun Mahathir Mohamad selama enam tahun pertama beliau sebagai
Perdana Menteri menjadikan Tun Musa Hitam arif tentang perangai bos
lamanya.
Musa sendiri ‘dipaksa’ letak jawatan dan
secara bergurau pernah memberitahu nasibkan akan serupa Datuk Seri Anwar
Ibrahim (tuduhan seks luar tabii) jika tidak letak jawatan.
“Saya melihat Tun Mahathir sebagai
seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum
ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain
pula yang terjadi,” tambahnya.
Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat
dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta
membawa perubahan kepada negara.
“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.
Jelasnya, isu-isu besar yang dimainkan
oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan
mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan
Sungai Besar, kata pemimpin veteran Tun Musa Hitam.
Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia
Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika
berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi
dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.
“Isu yang dibawa oleh BN pula sangat
mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan
pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham,” katanya selepas menghadiri
majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama
dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.
Terdahulu Musa yang juga Pengerusi
Yayasan Sime Darby ketika berucap memberitahu, festival yang bertemakan
Pendidikan Seni dan Masa Depan ini adalah gabungan persembahan
artis-artis tempatan dan pelajar universiti di bawah bumbung yang sama.
Beliau yakin, festival ini dapat menjadi
platform kepada artis-artis serta penggiat seni negara untuk menonjolkan
hasil kerja serta melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa.
Febuari lalu, Musa dilaporkan meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Musa, Dr Mahathir lupa bahawa
jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua
peringkat terutamanya pemimpin politik.
“Adalah ironik Wawasan 2020 pasti gagal
kerana Dr Mahathir sendiri. Sebijak mana pun beliau, Dr Mahathir lupa
bahawa untuk berjaya beliau perlu melatih pemimpin dari semua peringkat
terutamanya di kalangan pemimpin politik.
Namun, Musa berpendapat rekod kepimpinan
Dr Mahathir mempamerkan bekas Perdana Menteri Malaysia tersebut telah
menyingkirkan ramai pemimpin berpotensi ketika beliau memegang tampuk
pemerintahan negara.
“Dr Mahathir telah menyingkir kelompok
pemimpin berpotensi seorang demi seorang dan berkumpulan … dan hanya
mengekalkan pengikut yang setia.
“Pengikut ini dilatih untuk berdedikasi
dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Prinsip itu
mudah sahaja … mereka hanya perlu setia jika mahu terus ‘hidup’,” kata
Musa yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari tahun
1981 hingga 1986.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan