HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Jun 2016

Polis nafi rusuhan libatkan pemandu teksi dan Uber

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini menafikan kejadian amuk dan rusuhan yang melibatkan lebih 50 pemandu teksi terhadap pemandu Uber dan seorang wanita warga Iran.
 
Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku dua hari lalu itu hanya melibatkan seorang pemandu teksi dan suspek telah ditahan bagi siasatan lanjut.
 
“Tiada sebarang kejadian melibatkan penumpang Uber telah dipukul oleh lebih 50 pemandu teksi seperti yang tersebar di media sosial. Kita telah menahan reman pemandu teksi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.
 
“Bagaimanapun, kita masih belum menerima sebarang laporan polis daripada pemandu Uber tersebut, jadi kita mohon pemandu tersebut tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.
 
Baru-baru ini seorang pelancong wanita cedera selepas didakwa diserang lebih 50 pemandu teksi selepas menaiki kereta Uber di KL Sentral.
 
Memetik laporan China Press, kejadian itu berlaku pada pagi Isnin lalu apabila sepasang kekasih dari Iran yang baru mendarat di Malaysia menggunakan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber.
 
Dikatakan kumpulan pemandu teksi itu seramai 50 orang “bersembunyi” di KL Sentral bertindak menyerang pasangan itu sebaik sahaja mereka memasuki kereta Uber itu.
 
Pasangan itu bersama pemandu Uber terbabit ditarik keluar dari kereta sebelum kumpulan suspek itu menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta.
 
Pelancong wanita yang cedera itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat, manakala pemandu Uber pula membuat laporan di balai polis.
 
 

Tiada ulasan: