MALAYSIAKINI
Pihak polis dijadual merekodkan kenyataan daripada Tun Dr Mahathir
Mohamad esok atas kenyataan beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong dan
Raja-Raja Melayu berada di bawah 'tahanan rumah'.
Satu sumber memberitahu Malaysiakini, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan menyoal siasat bekas perdana menteri itu di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur pada jam 3 petang.
Pegawai-pegawai berkenaan adalah daripada satu pasukan khas yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.
Kes itu dipercayai diklasifikasikan sebagai fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.
Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat laporan polis terhadap Mahathir.
Antara lain, beliau mendakwa kenyataan itu adalah melulu dan menjatuhkan maruah dan integriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mahathir mendakwa penahanan rumah telah dilakukan untuk mencegah seri paduka baginda dan raja-raja daripada menerima tandatangan 1.4 juta rakyat yang dia dakwa telah dikumpulkan.
"Dengan menuduh kerajaan meletakkan baginda di bawah tahanan rumah, Mahathir telah pergi terlalu jauh," katanya.
Mahathir membuat dakwaan mengejutkan itu semasa sesi dialog di Subang Jaya.
Sebelum itu, bekas perdana menteri itu mendedahkan beliau tidak mampu bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan tandatangan yang dikumpulkan dalam Deklarasi Rakyat.
"Setakat ini saya tak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan house arrest (tahanan rumah)," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan