HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Jun 2016

SPRM kehilangan pemimpin cemerlang

Mohd Noor Abdullah
Datuk Mohd Noor Abdullah


SHAH ALAM – Legasi dan kepimpinan yang ditinggalkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed harus diteruskan bagi membawa badan berkenaan ke peringkat lebih tinggi.


Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, Abu Kassim berjaya menerapkan pengendalian kes secara lebih efektif melalui penstrukturan bahagian penguatkuasaan dan pencegahan, antaranya dengan menerapkan keupayaan forensik ke peringkat lebih profesional.

“SPRM akan kehilangan seorang pemimpin yang cemerlang berikutan pelantikan beliau  ke peringkat antarabangsa.

“Sudah tentu pelantikan Tan Sri Dr Abu Kassim ini satu pengiktirafan kepada segala usaha beliau ketika berkhidmat di SPRM dan saya mengucapkan tahniah kepadanya,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Semalam, Abu Kassim menjelaskan bahawa antara sebab beliau mempercepatkan penamatan tempoh kontraknya adalah kerana menerima tawaran daripada International Anti-Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan  di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria, di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Selain itu, beliau menegaskan, tiada tekanan daripada mana-mana pihak untuknya memendekkan penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018.


Tiada ulasan: