HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Jun 2016

Usul Muslimat PAS kaji tahaluf siyasi dengan PKR, dangkal - Zuraidah

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin menyifatkan tindakan Dewan Muslimat PAS meluluskan tanpa bahas usul mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR sebagai politik dangkal dan tidak bijak.
 
Ujarnya Dewan Muslimat PAS perlu melihat kerjasama antara parti itu dengan PKR untuk jangka masa panjang terutama sekali melibatkan pentadbiran Pakatan Harapan dan PAS di Selangor, sebelum mengemukakan usul sedemikian. 
 
"Sekiranya betul untuk buat usul putuskan hubungan dengan PKR mungkin sebagai langkah politik yang kurang matang pada saya kerana bila dia (Muslimat) buat satu keputusan itu dia kena tengok implikasi yang besar dari segi Negeri Selangor.
 
"Kalau putuskan hubungan dengan PKR, apa jadi kepada tiga exco PAS di Selangor dan di peringkat nasional, itu lebih besar lagi," katanya semasa dihubungi Antarapos.
 
Dewan Muslimat Kedah ketika menyertai sesi perbahasan sempena Muktamar PAS kali-62 di kota Bahru, Kelantan hari ini menggesa PAS Pusat mengkaji semula hubungan politik dengan PKR.
 
Menurut perwakilan itu, tindak tanduk PKR akhir-akhir ini kerap kali dilihat tidak menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.
 
Mengulas lanjut, Zuraidah berkata, apa jua keputusan yang dibuat PAS Pusat bersabit usul itu akan memudahkan PKR menentukan hala tuju politiknya pada masa depan.
 
"Saya rasa kenyataan itu dibuat dengan satu pendekatan yang singkat dan cetek, tapi bagaimanapun saya faham kalau usul ini selalunya akan diangkat ke Majlis Syura jadi kalau Muktamar harus samada menerima usul berkenaan tanpa bahas atau dibahaskan. 
 
Apa pun sekiranya keputusan itu dibuat, PKR rasa akan memudahkan kita untuk merancang dan membuat keputusan dan pendirian kita untuk masa depan terutamanya Pilihanraya (PRU) 14," ujar Zuraidah.
 
Pada Muktamar PAS 2015, PAS Pusat menerima dan meluluskan usul parti itu memutuskan hubungan dengan DAP selepas bercanggah pendapat bersabit pelaksanaan hudud di Kelantan, yang kemudiannya menyaksikan Pakatan Rakyat terkubur.
 
 

Tiada ulasan: