HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Jun 2016

Zaid: Pulau pilihan raya hingga Anwar bebas

MALAYSIAKINI

 
LIHAT VIDEO DI SINI

Pembangkang tidak harus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kecuali berlaku beberapa perubahan, termasuk pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas menteri undang-undang.

Perubahan lain, kata Datuk Zaid Ibrahim, termasuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas, pengharaman penuh amalan rasuah dan pembelian undi serta apabila pasukan polis menjadi bebas.

“Sehingga itu, turut serta dalam pilihan raya hanya memberi kesahan kepada BN untuk memerintah,” katanya.

“Sebab itu mereka kini berkata, bukan hanya Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) ditolak rakyat, malah syurga pun bergembira dengan kemenangan mereka,” katanya.

“Pembangkang harus serius pertimbang pulaukan kesemua pilihan raya akan datang,” katanya.

Selepas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar Sabtu lalu, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan kejayaan BN dengan ketentuan ilahi.

Menyatakan dukacita dengan keputusan itu, Zaid berkata, keputusan itu mendedahkan tiga faktor, iaitu:
  • Orang Melayu secara umum tidak pedulu dengan dakwaan salah laku terhadap pemimpin atau isu seperti 1MDB selagi kerajaan BN terus memberi habuan kepada mereka.
     
  • Orang Melayu yang kuat beragama mahukan sebuah kerajaan Islam. Ramai antara mereka memilih PAS kerajaan janji-janji melaksanakan hudud dan kemenangan di hari akhirat.
     
  • Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya mendapat sokongan 18 peratus pengundi Melayu. Ini tidak cukup untuk menang di kebanyakan kerusi campuran walaupun dengan sokongan DAP.

Tiada ulasan: