HALAMAN SANTAI

Sabtu, 14 Januari 2017

Zaid Ibrahim Gesa Tun Mahathir Bertanding PRU 14








Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi meningkatkan peluang pembangkang untuk menang, kata Datuk Zaid Ibrahim.

Menurutnya umur 92 Dr Mahathir bukan penghalang dan Zaid yakin bekas Perdana Menteri 22 tahun boleh menang di mana-mana sahaja beliau bakal bertanding.

“Beliau ( Dr Mahathir) cakap tidak..tidak..tidak (akan bertanding). Tetapi saya fikir beliau mesti bertanding.
“Saya tidak pasti jika (menang) beliau harus menjadi Perdana Menteri, tetapi Dr Mahathir mesti bertanding sebab satu kerusi (parlimen) yang kita perlu,”katanya.

“Beliau adalah calon kuat, saya rasa Tun (Mahathir) boleh menang di mana-mana sahaja..sebab kalau beliau tak bertanding, beliau kena berceramah juga.

“Beliau sihat, jadi jangan risau tentang umurnya..Tidak mengapa jika umur 92 tahun masih menjadi ahli Parlimen”katanya lagi

LIHAT VIDEO DI SINI.

Tiada ulasan: