HALAMAN SANTAI

Ahad, 15 Januari 2017

Lagi kes panjat papan tanda IPOH

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH:  Selepas viral kes sekumpulan remaja memanjat papan tanda IPOH di Jalan Kuala Kangsar di sini baru-baru ini, aksi seorang lelaki meniru perbuatan yang sama dikongsi dalam laman Instagram hari ini.
 
Kali ini ia melibatkan seorang lelaki yang memanjat dan berselfie di atas papan tanda IPOH di tepi Lebuh Raya Utara Selatan di Simpang Pulai dekat sini.
 
 
 
Gambar aksi lelaki berkenaan dimuat naik di dalam Instagram hari ini atas nama kerabupauh.
 
Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, papan tanda berkenaan di bawah seliaan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.
 
"Saya belum menerima maklumat kejadian ini, juga identiti lelaki yang terlibat. Saya akan mengumpul maklumat kes ini sebelum mengulas lanjut," katanya.
 
 

Tiada ulasan: