SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa
tampil menafikan dakwaan-dakwaan yang mengaitkan beliau dengan
penyaluran wang badan itu dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada
pasukan bola sepak Kelantan.
Menulis di Facebook, Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa) berkata, MARA tidak pernah menaja The Red Warrior
(TRW) tetapi diberikan penghormatan oleh agensi itu.
"Untuk makluman semua MARA tidak pernah menaja TRW walau satu sen, logo
MARA 50 tahun dipamer di lengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada
MARA, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn
Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada MARA dari TRW," tulisnya.
Mengenai UniKL pula, Annuar berkata, ia merupakan sebuah syarikat
swasta yang bermakna universiti swasta itu tidak pernah menaja atau
memberi biasiswa kepada pelajarnya.
"Jadi tidak timbul ianya menggunakan dana biasiswa/tajaan, sebagai
syarikat swasta ianya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal
penjenamaan,promosi,pemasaran dan lain-lain, mereka punya belanjawan
khusus untuk itu," katanya lagi.
Ujarnya, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran
melalui sukan khususnya hoki dan bolasepak, ini kerana sasarannya adalah
untuk menarik perhatian anak muda, begitu juga syarikat Sdn Bhd Mara
yang lain.
"Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya," katanya.
"Jadi sahabat FB ku sekalian, saya berikan fakta ini untuk anda semua
termasuk kawan media saya, pemberian fakta ini supaya anda boleh
menyemak sumber," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan