HALAMAN SANTAI

Ahad, 15 Januari 2017

Benarkan BN menang tanpa bertanding sebagai penghormatan untuk Adenan - PRS

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), Bit Surang berkata semua parti politik di Sarawak perlu membenarkan calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu kelak.
 
Kerusi DUN Tanjung Datu kosong ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Adenan Satem.
 
Surang berkata, keputusan sedemikian akan menjadi penghormatan bermakna buat Allahyarham Adenan.
 
"Jika penduduk Sarawak dari parti yang berbeza benar-benar berkabung terhadap pemergian Datuk Patinggi Adenan Satem, buktikan dengan membenarkan calon Barisan untuk PRK Tanjung Datu menang tanpa bertanding," kata beliau menerusi satu kenyataan hari ini.
 
Adenan yang merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-5 meninggal dunia di usia 72 tahun pada Rabu lalu ekoran serangan sakit jantung.
 
Allahyarham digantikan oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam pada Jumaat lalu.
 
 

Tiada ulasan: