Oleh Azizul Osman
SHAH ALAM: PAS hari ini membidas Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai yang menggesa kerajaan mengkaji semula dasar
sekolah agama.
Naib presidennya, Idris Ahmad berkata gesaan sebegitu hanya akan
mengancam perpaduan serta keharmonian antara kaum dan agama di negara
ini.
"Kita mengharapkan supaya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai timbalan
Presiden Gerakan menarik balik kenyataan beliau yang mengatakan sekolah
agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya
sekolah vernakular.
"Satu kenyataan yang biadab dan tidak memahami sejarah pembinaan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dominic pada Khamis dilaporkan berkata sekolah agama adalah amcaman
sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.
Katanya ia berasaskan kepada rangka tindakan pendidikan kerajaan
sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai kerajaan terdiri
sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu kelmarin.
Dominic kemudiannya dikecam beberapa pihak termasuk Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.
Susulan itu beliau menarik balik kenyataannya berhubung sekolah agama
dan berkata tiada niat untuk menyerang mereka, menerusi satu kenyataan
mediannya semalam.
Mengulas perkara itu, Idris berkata Islam tidak pernah melarang
aktiviti keagamaan lain-lain agama, dan perkara yang sama harus dibuat
terhadap Islam.
"Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semuanya anugerah
Allah kepada kita semua. Malahan Islam menggalakkan belajar bahasa
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan