KLANG: Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes
letupan bunga api sempena sambutan tahun baru di Kompleks Sukan
Pandamaran kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad ketika duhubungi
berkata selain keterangan mangsa letupan bunga api tersebut, kertas
siasatan turut mengandungi keterangan daripada beberapa pihak lain
termasuk pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).
"Kertas siasatan mengenai kejadian tersebut telah pun dilengkapkan dan
diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dan kini polis hanya menunggu
keputusan timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.
"Lima lelaki yang direman sebelum ini termasuk empat pegawai MPK
berumur 30 hingga 40 tahun juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis
Ahad lepas," katanya.
Dalam insiden 12.05 tengah malam pada 1 Januari lepas, 12 orang dewasa
dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi
meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.
Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016
anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis sehingga 1 Januari di kompleks
berkenaan.
Pihak polis mengesahkan pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa
permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh
penganjur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan