KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Kuala Lumpur
(UniKL) diarahkan untuk menangguhkan sebarang bentuk penajaan pada tahun
ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, hanya penajaan dalam bentuk pendidikan dibenarkan
manakala sebarang bentuk penajaan lain perlu dikaji terlebih dahulu.
"Untuk 2017 saya sudah arahkan UniKL dan Pelaburan MARA untuk tak berikan tajaan selain pendidikan.
"Kalau di UniKL hanya tajaan berkaitan pendidikan sahaja, itu saya benarkan," katanya
Beliau sebelum itu menyerahkan surat tawaran kemasukan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM) kepada Aliyah Maisara Md Akhir di PPR Jalan Jelatik di
sini hari ini.
Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Tunku Mahkota
Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam yang mendakwa
Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa, telah menggunakan dana dua anak
syarikat itu untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW) pada 2016.
Bagaimanapun, Annuar ketika membalas dakwaan itu menjelaskan, logo MARA
50 Tahun pada jersi TRW diberikan secara percuma kepada agensi
berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan