Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: PKR menolak dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul
Aziz Tunku Ibrahim, bahawa wujud pakatan sulit untuk menaikkan Datuk
Seri Mukriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai
timbalannya jika pembangkang menang pilihan raya umum ke 14.
Naib Presided PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata dakwaan Tunku Aziz
itu harus dilayan sebagai khabar angin sahaja kerana tidak ada bukti
seperti dokumen berkaitan.
Tunku Aziz sebelum ini mendakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad dan Kit Siang memeterai perjanjian
sulit untuk menaikkan Mukriz dan penasihat DAP itu jika PRU 14 memihak
kepada Pakatan Harapan- PPBM.
"Pakatan sulit atau tidak, cuma Tunku Aziz saja yang tahu, kerana orang
lain tak tahu. Jadi bagi saya itu sulit, dan kita pun tak tahu
kesahihan kesulitan dan kerahsiaan itu," kata Dr Shaharuddin.
"Perkara itu selagi tidak ada dokumen yang menyerlahkannya, ia masih
lagi perkara yang 'hearsay', maknanya perkara khabar angin yang orang
boleh ramalkan macam-macam," katanya.
PKR bersama DAP dan Amanah adalah parti komponen Pakatan Harapan yang
mengikuat perjanjian kerjasama politik dengan PPBM untuk menghadapi
PRU14.
Shaharuddin menyamakan pendedahan Tunku Aziz itu dengan beberapa
dakwaan sebelum ini mengenai 'pakatan sulit' antara parti-parti politik
tertentu yang tidak bersandarkan sebarang bukti jelas.
"Dahulu pun orang mengatakan ada pakatan sulit DAP dengan PPBM, DAP
dengan Umno. Ada juga mengatakan pakatan sulit PAS dan Umno.
Macam-macam.
"Pelbagai dakwaan pakatan sulit ini (tetapi), selagi tidak dibuktikan
pendedahan menerusi dokumen yang rasmi atau apa saja dokumen atau
laporan, bagi saya ianya masih khabar angin yang tidak boleh dipegang,"
kata beliau lagi.
Semalam Tunku Aziz menyatakan kesediaan disaman jika pendedahan beliau berhubung perjanjian sulit itu tidak benar.
Tunku Aziz turut mencabar Mukhriz dan Kit Siang agar membuat akuan
bersumpah (SD) bahawa mereka tidak berminat menjawat dua jawatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan