KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus
menggiatkan usaha mengekang aktiviti rasuah di negara ini apabila
menahan seorang Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Tanah Daerah Johor
Bharu, hari ini.
Suspek berusia 56 tahun itu ditahan sekali lagi petang tadi,selepas kali pertama ditahan pada November lalu.
Menurut sumber, suspek disyaki menerima rasuah berbentuk 'pinjaman'
bernilai RM150,000 daripada seorang pemilik syarikat yang sering
berurusan dengannya di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru berkaitan
permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.
Selain itu, suspek juga turut menjalankan urusniaga jual beli tanah dan
menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan
tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang
berbangsa Cina.
Difahamkan , dia menerima keuntungan kira-kira RM100,000 hasil urusniaga jual beli tanah itu.
Dalam siasatan pada November lalu, SPRM mengesahkan lelaki terbabit
memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain
tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di
Johor.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki ketika
dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dibawa
ke mahkamah untuk dituduh esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan