Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor menolak dakwaan PAS bahawa wujud kerjasama antara partinya dengan
Amanah Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan dakwaan Naib
Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah bahawa berkemungkinan terdapat
pakatan antara Umno dan Amanah untuk menjatuhkan kerajaan PAS di
Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Ini semua cuma tanggapan yang tidak tepat. Kita sentiasa melihat
(untuk) menjaga parti kita. Parti lain kita tidak campur (bersama).
"Yang penting, Umno Barisan Nasional akan terus menjaga kepentingan
rakyat kerana kita parti yang sentiasa mementingkan rakyat," katanya
kepada pemberita, sebentar tadi.
Terdahulu, Tengku Adnan hadir di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina.
Semalam, Mohd Amar berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan Amanah
akan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan Kelantan,
seperti yang berlaku pada tahun 1978.
Mohd Amar merujuk kepada peristiwa di mana parti serpihan PAS, Parti
Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) bekerjasama dengan Umno
bagi menumbangkan kerajaan PAS pada PRU 1978.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, ada kemungkinan Umno
akan menaja calon Amanah di kawasan yang dianggap boleh menang,
khususnya di kawasan marginal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan