Ahli Parlimen Kuala Nerus
HALAMAN SANTAI
Isnin, 3 Disember 2018
Apa agenda cadang hapus identiti agama, bangsa?
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
CADANGAN supaya dibuang
agama dan bangsa pada kad pengenalan kononnya bagi memelihara perpaduan
mengandungi maksud jahat tersirat iaitu secara halus dan perlahan
menghakis keistimewaan Islam dan Melayu yang menjadi identiti negara
bernama Malaysia. Agama dan bangsa adalah identiti diri yang menjadi
punca perpaduan sebuah masyarakat seperti Malaysia bukannya pertembungan
dan perpecahan. Cadangan ini adalah bunga-bunga idea
Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Ia juga petanda bahawa
perjuangan meratifikasi ICERD yang akan menghapuskan Islam dan Melayu di
negara Malaysia sebenarnya sedang berjalan. Ia digerakkan dengan
pelbagai cara dan helah. Indentiti agama dan bangsa tidak boleh
dihapuskan bahkan ia adalah identiti yang mesti dipertahankan.
Kepelbagaian kaum adalah fitrah penciptaan alam oleh Allah s.w.t..
Manakala agama adalah pilihan diri sendiri berpandu petunjuk wahyu dan
akal. Kedua-duanya menjadi keunikan identiti seseorang. Keunikan
identiti perlu disantuni dengan betul kerana ia dapat memperteguh
perpaduan dalam kalangan warganegara. Menyantuni kelainan ini Allah s.w.t.
memerintahkan supaya manusia saling berta’aruf (al-Hujuraat 49:13) iaitu
berkenal-kenalan antara satu sama lain antaranya dengan beramah-mesra
dan menghormati hak orang yang berbeza bangsa dan agama supaya dapat
menunaikan tanggungjawab sewajarnya terhadap mereka. Bukan kerana agama atau bangsa
seseorang, perpaduan dalam kalangan kita menjadi bermasalah apatah lagi
pernyataan agama dan bangsa pada kad pengenalan. Tetapi perpaduan
menjadi masalah apabila ada individu dan kelompok yang tidak mahu
mengiktiraf sejarah pembentukan negara Malaysia. Perpaduan dalam kalangan kita juga
bermasalah apabila ada pihak tidak mahu mengetahui dan sengaja tidak
menghormati hak penganut agama dan bangsa lain lebih-lebih lagi yang
merupakan populasi majoriti di negara ini. Jangan dijolok sarang tebuan wahai saudara! “Islam Memimpin” *DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan