Bersempena perhimpunan anti-Icerd pada 8 Disember ini,
penceramah Wan Ji Wan Husin mencadangkan PAS dan Umno mengutip derma
bagi menyelamatkan syarikat Utusan Melayu yang sedang bergelut masalah
kewangan.
"Memandangkan dia ada kalimah "Melayu", elok sangat demo 8 Disember ini, PAS - Umno kutip derma kepada demonstran untuk selamatkan rasul Melayu ini.
"Kalau
tidak pun, bantu meringankan bebanan rasul Melayu nak bayar hutang yang
mereka kena bayar," kata Wan Ji pada suatu hantaran di media sosial
malam ini.
Pada 21 September lalu, Kumpulan Utusan Melayu Berhad dilaporkan menawarkan VSS kepada separuh daripada kira-kira 1,400 kakitangannya akibat tidak mampu lagi menampung kerugian dan kos operasi yang tinggi.
Selain akhbar Utusan Malaysia, syarikat itu juga menerbitkan akhbar Kosmo! dan beberapa majalah termasuk URTV, Mastika dan Al-Islam.
Utusan juga berdepan masalah pembayaran gaji kakitangan baru-baru ini apabila terpaksa menunda pembayaran beberapa bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan