HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Disember 2018

AZIZ BARI KENA TAMPAR?


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN – DAP) Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari yang didakwa menjadi dalang untuk menggulingkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PPBM) dikhabarkan telah ditampar oleh seseorang yang tidak dikenali pada Rabu.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tengah malam tadi belum ada sebarang perkembangan lanjut tentang sejauh manakah perkara itu benar-benar berlaku.

Aziz merupakan Exco Perak dikatakan telah ditampar di hadapan orang ramai di Taman Canning, Ipoh.
Dalam perkembangan di media sosial Facebook, ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib memuatnaik status seorang exco kerajaan Perak ditampar didepan orangramai namun tidak menyatakan nama exco yang dimaksudkan beliau.

“Dengarnya ada Exco Perak kena penampar buaya jap ni (tadi) depan orang awam di Canning Garden,” tulis ADUN UMNO itu di Facebook beliau.

Susulan status tersebut, ada di antara pengikut beliau membuat spekulasi berkemungkinan Exco yang dimaksudkan tersebut adalah Aziz merupakan Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar.

Aziz didedahkan sebagai orang yang melobi beberapa orang ADUN dari UMNO untuk mengguling menteri besar Perak.


Tiada ulasan: