Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak itu memberi bayangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari sebagai dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan kerajaan negeri.
Abdul Aziz adalah salah seorang exco kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Saya bertanggungjawab apa yang saya katakan kerana saya kasihkan rakyat Perak… saya tidak mahu peristiwa memalukan berlaku di Perak lagi. Kita kena ada kerajaan yang kuat.
“PAS dan UMNO, kami menerima hakikat yang kita tidak lagi menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kami berjanji untuk menjadi pembangkang yang baik.
Sebelum ini Saarani mendakwa kerajaan PH dalam keadaan goyah berikutan terdapat usaha dalam kalangan beberapa exco. negeri itu untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.
Bagaimanapun ia cuba disangkal pemimpin PH, apabila Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi tampil mendakwa kononnya ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak sekiranya membantu, UMNO dan PAS menjatuhkan kerajaan Perak.
Saarani (BN-Kota Tampan) mendakwa EXCO berkenaan sudah menghubungi sekurang-kurangnya lima ADUN parti itu dan ditawarkan dengan pelbagai tawaran supaya membantu usaha mereka dalam menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal pada persidangan DUN berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan