“Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan masuk dalam buku Sejarah,” tulis bekas Perdana Menteri di Twitternya.
Najib berkata, pelajar sekolah tidak sepatutnya diperalat dan diheret kekancah politik.
“Ada masa dan tempatnya kita berpolitik, bukan di sekolah. Jangan peralatkan anak-anak kecil kita, jangan aniaya masa depan mereka,” tulis Najib lagi.
Catatan Najib itu menyusul selepas kenyataan Maszlee bahawa Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1MDB dimasukkan ke dalam silibus sejarah Malaysia yang baharu sebagai satu usaha memastikan ia dipelajari dan tidak akan diulangi oleh generasi akan datang.
Turut akan dimasukkan dalam sukatan pelajaran itu ialah senarai kes-kes besar khazanah negara yang beliau dakwa disamun oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan