Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tan Sri Razali Ismail bercakap kepada
pemberita pada sidang media di ibu pejabat Suhakam, Kuala Lumpur hari
ini.
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak
berhasrat untuk membatalkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia sebaliknya
ia ditangguhkan ke Ahad ini pada masa dan lokasi yang sama.
Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, ini kerana program
tahunan Suhakam itu bukan satu perhimpunan aman dan ia tidak memerlukan
kebenaran daripada mana-mana pihak khususnya pihak berkuasa.
“Suhakam amat dukacita kerana penangguhan itu berlaku. Suhakam tidak
terikat kepada mana-mana pihak untuk meminta kebenaran teruitamanya
pihak polis apa yang perlu kita buat.
“Kita ada badan yang diberi mandat oleh Parlimen melakukan sesuatu
perkara secara bebas dan Hari Hak Asasi Manusia bukan satu perhimpunan
aman seperti mana yang didakwa oleh kumpulan anti-ICERD.
“Oleh kerana itu kita akan teruska sambutan Hari Hak Asasi Manusia
itu pada Ahad ini, sehari selepas Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di
lokasi dan masa yang sama,” katanya pada sidang media di ibu pejabat
Suhakam, di sini, hari ini.
Terdahulu Razali dalam kenyataan medianya hari ini berkata, Suhakam
terpaksa membatalkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang
dijadualkan pada 8 Disember di Padang Timur, Petaling Jaya dari jam 9
pagi hingga 3 petang. Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tan Sri Razali Ismail bercakap kepada
pemberita pada sidang media di ibu pejabat Suhakam, Kuala Lumpur hari
ini.
Razali dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya dimaklumkan pihak
polis bahawa pembatalan program itu terpaksa dibuat susulan wujudnya
ancaman keselamatan lebih-lebih lagi melibatkan kehadiran Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Razali juga berkata, pihak sangat kecewa dengan penangguhan itu
kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memperjuangkan hak asasi
manusia seolah-olah tunduk kepada tekanan daripada pihak tertentu.
“Ini Malaysia baru, kita tak perlu dengar semua ini (tekanan
perkauman), bila saya tanya tentang risiko keselamatan yang pihak polis
nyatakan, tapi tiada jawapan.
“Saya tanya pejabat perdana menteri pun mereka tak boleh beri
jawapannya. Bila ia melibatkan keselamatan Perdana Menteri, kita
bersetuju untuk menangguhkannya tapi kita masih tidak gembira,” katanya.
Ditanya tentang kehadiran Perdana Menteri pada sambutan Hari Hak
Asasi Manusia pada Ahad, beliau berkata, semua jemputan yang dibuat
sebelum ini akan diteruskan termasuk D Mahathir.
“Bulan ini Tun Mahathir lapang dan sebab itu kita tetap meneruskan
perhimpunan ini supaya Perdana Menteri dapat hadir nanti,” katanya.
Razali turut menegur pihak media yang melaporkan secara salah bahawa
wujudnya pertembungan dua kumpulan perhimpunan aman pada Sabtu ini
sedangkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia bukan satu demonstrasi.
“Media tidak sepatutnya melaporkan wujudnya dua kumpulan untuk berhimpun Sabtu ini sedangkan program Suhakam bukan demonstrasi
“Tidak pernah program Suhakam diancam keselamatan sebaliknya hari ini
diancam dan ia sangat mengecewakan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan