KUALA LUMPUR: Masalah
lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) semakin kritikal bukan
setakat dalam filem dan drama malah melalui watak dalam lakonan iklan
serta program komedi.
Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu,
Ahmad Amzad Mohamed minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah
kerajaan untuk menyekat unsur-unsur budaya songsang seperti LGBT dalam
penerbitan filem dan drama di Malaysia.
Katanya, suatu ketika dahulu artis-artis komedi yang asalnya nampak sebagai lelaki sejati mula membawa watak lembut.
"Kononnya dengan membawa watak seperti
filem atau drama itu menjadi pelaris," katanya ketika sesi pertanyaan
bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.
Beliau mempersoalkan, apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam negara kita.
"Apakah rakyat semakin minat dengan perwatakan sebegini sehingga merubah sosial budaya," katanya.
Apakah tiada garis panduan penerbitan
mengenai perkara tersebut serta adakah undang-undang yang ada tidak
cukup jelas dan perlu dibuat penambahan, tegasnya,
Beliau menegaskan LGBT dari sudut Islam merupakan satu jenayah moral yang berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan