HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Disember 2018

Perhimpunan “kesyukuran” meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD

THE MALAYSIAN TIMES
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sekumpulan orang membanjiri ibu negara untuk menyertai perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
 Perhimpunan ini, yang dijangka bermula 2 petang hingga 6 petang, adalah anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam dan disokong oleh UMNO dan PAS.

Mereka yang hadir seawal 6 pagi, mula berkumpul di tiga lokasi _ pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Mereka akan berarak ke Dataran Merdeka.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi.




10.30 pagi – Jumlah kehadiran peserta mula meningkat di beberapa lokasi di ibu negara.

11.30 pagi – Sekumpulan Gabungan Seni Silat seluruh Malaysia menyerahkan dan membaca memorandum dan ikrar menolak ICERD di hadapan pintu 3 Istana Negara.

12.30 tengahari – Ramai peserta perhimpunan mula berkumpul di kawasan sekitar Masjid Jamek.

1.40 petang – Perserta perhimpunan memasuki Jalan Raja dan ada kumpulan mengadakan solat Zohor berjemaah di atas jalan




2.30 petang – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara pemimpin yang hadir pada perhimpunan itu.

3 petang – Terdapat beberapa peserta perhimpunan termasuk mereka yang bawa anak-anak , yang pitam, akibat cuaca panas serta kepenatan akibat menunggu lama.

Tiada ulasan: