HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2020

Kata dua dari Rina Harun kepada Hannah Yeoh

MGF29122020_SUMBANGAN-KORPORAT_07
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun bercakap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Korporat Kepada Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) di Pejabat KPWKM, Putrajaya. foto SYAFIQ 
AMBAK

PUTRAJAYA – Muak dan bosan dengan permainan politik terutamanya apabila dikaitkan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun meluahkan rasa keweca beliau.

Ia berkaitan rancangan menambah 8,000 kakitangan kontrak untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana terus menjadi dikritik bekas Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh.

Rina berkata, isu itu tidak sepatutnya dijadikan bahan politik untuk kepentingan sendiri, sebaliknya kebajikan rakyat perlu utamakan.

“Ini bukan lantikan Rina Harun, bukan Rina Harun yang buat lantikan ini sebaliknya rancangan menambah 8,000 kakitangan kontrak adalah saranan JKM itu sendiri.

“Bila kita buat lantikan ini, ianya bukanlah tidak mengikut peraturan sebaliknya kita prosuder, jika kontrak kerajaan kita akan buat pengiklanan serta lain-lain perkara.

“Tolonglah jangan asyik hendak politkkan semua isu dengan Kementerian Wanita ini. Berubahlah atau sekurang-kurangnya berusaha untuk berubah demi rakyat, kasihan mereka. Jangan asyik bercakap sahaja, turun bawah tengok sendiri apa yang sedang dilalui oleh mereka.

“Rina Harun tidak buat saranan untuk 8,000 pekerja kontrak diambil untuk JKM sebaliknya ada jawatankuasa teknikal, ada proses ada penelitian jadi janganlah memandai membuat tuduhan, kita buat keputusan ikut keperluan dan unjuran tahun depan.

“Ini bukan pelantikan saya, kita sudah majukan perkara ini untuk di putuskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan JPA bukan Rina Harun,” katanya hari ini.

MGF23112018_AZIZAH-RASMI-PANDUAN-PENGASUH02
Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan 
Masyarakat Hannah Yeoh

Sebelum ini, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut menyatakan keraguan mengenai rancangan menambah 8,000 kakitangan agar jabatan itu tidak dijadikan sebagai mesin politik Rina.

Kata Hannah, rancangan itu tidak mengatasi kekurangan di JKM dan lebih banyak sumber harus digunakan untuk pengambilan pegawai perlindungan kanak-kanak, pegawai psikologi dan pegawai kebajikan.

Bagaimanapun Rina memberitahu, beliau sudah menghantar 1,112 permohonan pada bulan lalu bagi jawatan pegawai pelindung kanak-kanak dan pegawai akhlak kepada MOF dan JPA. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: