HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2020

Ramai keliru, Pulau Pinang kini ada 2 ketua menteri – Ka Siong

MGF080920_PENGANUGERAHAN-PENGGREDAN-INSTITUT-MEMANDU-10
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyindir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang padanya seperti tidak tahu malu.

Ini berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Kewangan itu seperti bercanggah serta memutar belit kepada kerajaan kini terutama isu perkhidmatan feri Pulau Pinang.

Kata Ka Siong, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri telah bersetuju untuk menggantikan perkhidmatan feri Pulau Pinang dengan katamaran.

“Adik perempuan Guan Eng yang juga senator sekarang iaitu YB Lim Hui Ying juga bersetuju dengan langkah ini. Nampaknya keluarga Lim harus mengadakan pertemuan keluarga untuk menyeragamkan pandangan mereka. Sila lihat sendiri pernyataan rasmi (hansard) Hui Ying di Dewan Negara bertarikh 17 Disember 2020.

“Guan Eng sememangnya seseorang yang langsung tidak tahu malu sebenarnya,” tulis Menteri Pengangkutan itu dalam Facebooknya hari ini.

MGF17092020_CERAMAH-WARISAN-PLUS11
Lim Guan Eng

Guan Eng sebelum ini berterusan mempertikaikan keputusan Kerajaan Persekutuan yang enggan meneruskan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang.

Dakwanya adalah wajar perkhidmatan feri itu diteruskan memandangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah memperuntukkan RM30 juta  untuk pemodenan perkhidmatan feri terbabit.

Bagaimanapun sebelum itu Ka Siong dalam satu kenyataan mengumunkan Kerajaan Persekutuan memberi jaminan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang akan diteruskan dengan menawarkan perkhidmatan yang moden demi keselamatan dan keselesaan penumpang.

Dalam pada itu beliau menjelaskan orang yang benar-benar merosakkan nilai warisan berharga Pulau Pinang adalah Guan Eng.

“Cuba jawab, siapakah yang melakukan penambakan tanah dan memusnahkan bukit-bukau di Pulau Pinang?

“Juga tidakkah menggantikan perkhidmatan feri yang terdedah kepada kerosakan dengan katamaran merupakan langkah yang lebih praktikal untuk melindungi keselamatan orang ramai dan lebih bermanfaat bagi industri pelancongan dan pengangkutan Pulau Pinang?” soalnya.

Hari ini, kata Ka Siong, orang ramai sangat keliru seolah-olah di Pulau Pinang mempunyai dua orang Ketua Menteri.

“Ada dua Ketua Menteri, satu Chow Kon Yeow sebagai CM hari bekerja manakala Guan Eng adalah CM hari minggu,” sindirnya. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: