KUALA LUMPUR – “Saya tidak fikir cadangan tarik balik sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM (Perdana Menteri) membawa kepada perpecahan,” kata Datuk Dr. Puad Zakarshi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, cadangannya itu untuk rakyat kerana janji memudahkan rakyat tidak dipenuhi oleh PM.
“Apabila Pas berkawan dengan DAP, apakah itu perpecahan Melayu? Apabila Pas berpisah dengan DAP, ia juga tidak dianggap sebagai perpcahan masyarakat dan negara.
“Peluang penyatuan terbesar ialah apabila UMNO-Pas tandatangan Piagam Muafakat Nasional. Peluang itu akan terlepas begitu sahaja kerana banyak sangat pakatan, gagasan dan gabungan yang mahu disertai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas komen Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang menyelar Puad kerana mencadangkan sokongan kepada PM ditarik balik kerajaan kerajaan gagal memenuhi kehendak rakyat.
BACA: Tarik balik sokongan kepada PM jika gagal tunai tuntutan belanjawan
“Takiyuddin adalah betul dalam soal kejujuran politik. Tanpa kejujuran politik Ia adalah konspirasi.
“Sebenarnya MP UMNO sudah bersikap jujur kerana menyokong Muhyiddin sebagai PM walaupum dia terlibat dalam konspirasi menjatuhkan UMNO di PRU-14,” ujarnya lagi.
Menurut Puad, bekas PM, Datuk Seri Najib Razak juga disifatkan Puad seorang yang membuat kenyataan jujur dan terbuka mengenai “sokongan bersyarat” terhadap Bajet di Dewan Rakyat.
“Bahkan DS Najib juga secara jujur membuat kenyataan terbuka, jika tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak dalik selepas satu tempoh yang munasabah, BN masih ada cara untuk bertindak. Semua itu terbuka. Tiada sembunyi sembunyi.
“Pas mungkin selesa kerana dalam PN dan MN tiada Amanah (PAN). Tiada siapa kacau. Justeru, yang perlu Takiyuddin jawab ialah, apakah main kayu tiga bukan konspirasi?” soalnya.
Menurut beliau, kenyataannya sepatutnya diulas oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan dari Pas.
“Sepatutnya PPBM yang komen, tetapi Setiausaha Agung Pas pula yang berbunyi,” katanya.
Menurut Puad, Takiyuddin menyatakan legasi paling murni ialah pemimpin itu mempertahankan penyatuan dan perpaduan dan ia mesti berasaskan kejujuran dan jika tidak, ia adalah konspirasi.
“Tidak pasti siapa pemimpin legasi yang Takiyuddin maksudkan. Tidak mungkin saya. Saya hanya ahli politik biasa yang bersuara ikut “hati nurani” saya,” kata Puad.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan