HALAMAN SANTAI
Rabu, 30 Disember 2020
Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan...
Semalam The Edge Malaysia melaporkan mengenai mereka mendapat beberapa dokumen termasuk minit mesyuarar PRASARANA yang dipengerusikan oleh DS Tajuddin Rahman. Beberapa keputusan dilihat sangat drastik dan boleh mengundang pertikaian ialah antaranya Prasarana harus mengeluarkan RM80juta bagi tujuan menamatkan Perjanjian Pembangunan Tanah Bersama (JLDA). Lebih menarik ialah ia turut melibatkan syarikat yang mana isteri dan anak pengerusi Prasarana itu terbabit sebagai lembaga pengarah.
Persoalan timbul jika syarikat gagal kenapa bayar pampasan ..... ambil alih sahajalah atas alasan GAGAL ! Prasarana nak ambil alih tanah milik Prasarana yang gagal dibangunkan oleh kontraktor terpaksa bayar ?!?!?!
Selain itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana juga dikatakan digantung kerana ada kaitan mengenai ketidak persetujuan dia mengenainagihan projek. Juga untuk makluman semua selepas lantikan Pengarah Pilihanraya Umno itu sebagai Pengerusi Prasarana beberapa tender terbuka yang telah diperingkat akhir proses telah dibatalkan prosesnya, dan ditender semula oleh syarikat baru secara tiba tiba.
Sebelum ini keluarga Tajuddin pernah didedahkan dan dikaitkan dengan projek mewah berkaitan UiTM Tapah sebelum PRU lepas.
Tajuddin wajib tampil memberi penjelasan... dan jika ia fitnah wajib saman The Edge Malaysia jika tidak dia wajar berundur ... dan SPRM wajib buka siasatan. MINDA RAKYAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan