HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2020

Pas mahu UMNO elak kenyataan tunjuk rasa curiga - Ahmad Marzuk

Muhafandi Muhamad
Pas mahu UMNO elak kenyataan tunjuk rasa curiga - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata, Pas kekal dengan pendirian mempertahankan 
MN dan memperkukuhkan PN seperti yang ditegaskan kepimpinan parti.
 
KOTA BHARU: Pas mengingatkan UMNO supaya mengelak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menunjukkan rasa curiga terhadap kerjasama kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional (MN).
 
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, berkata kenyataan pimpinan parti sepatutnya ke arah memupuk perpaduan dan bukannya rasa curiga.
 
"Tidak ada siapa rugi dan tak ada siapa terpinggir... Saya andaikan itu pandangan peribadi beliau... tidak gambarkan hasrat akar umbi sama ada Pakatan Nasional (PN) atau MN...
 
"Ini kerana kedua-dua (parti) sekarang ini (mengadakan) perbincangan dengan baik dan paling utama, soal pilihan raya berjalan dengan baik.
 
"Saya mengharapkan tiada kenyataan boleh membangkitkan kecurigaan dan juga meretakkan hubungan seperti itu... yang penting kita kena bercakap bahasa dan laras perpaduan," kata ahli Parlimen Pas itu.
 
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang meminta Pas menyatakan pendirian menyokong MN atau PN.
 
BACA: "Pas mahu bersama MN atau PN?" - Tajuddin Rahman
 
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, Pas kekal dengan pendirian mempertahankan MN dan memperkukuhkan PN seperti yang ditegaskan kepimpinan parti sebelum ini.
 
"Jadi tidak timbul isu Pas perlu membuat pilihan antara UMNO (MN) dan Bersatu (PN) kerana kesemuanya dalam satu gabungan," katanya.

Tiada ulasan: