HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Disember 2020

Generasi Keadilan bantu PKR tawan kembali 'kerusi pengkhianat'

MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia berikrar untuk membantu PKR menawan semula kerusi-kerusi parti itu yang hilang akibat Langkah Sheraon hujung Feb lalu.

Pengerusinya Yusmadi Yusoff berkata NGO yang cenderung kepada PKR itu akan menggembleng tenaga aktivis parti, sama ada yang baru atau lama, bagi menawan semula “kerusi-kerusi pengkhianat” sekali gus kembali menguasai semula Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

"Di Pulau Pinang kita ada (kerusi) Nibong Tebal, di Selangor ada Ampang dan ada Gombak, di Johor ada Segamat dan Batu Pahat.

“Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada rakan-rakan, tubuhkanlah Generasi Keadilan di negeri, di peringkat cabang dan di peringkat ranting. 

"Kita sama-sama bantu parti. Kita beri platform kepada rakan-rakan (di peringkat bawahan) yang tidak ada peranan," kata Yusmadi dalam majlis Makan Malam Mantan AMK Malaysia 2020 di Shah Alam semalam.

Kata Yusmadi, Generasi Keadilan Malaysia memang ditubuhkan untuk menggarap kepakaran dan pengalaman individu yang pernah menjadi pemimpin di peringkat negeri, cabang dan ranting PKR membantu presiden mereka, Anwar Ibrahim.

Tambahnya, pertubuhan itu yakin dapat membantu perjuangan Anwar mewujudkan generasi baru yang memberikan keadilan untuk semua masyrakat.

Langkah Sheraton menyaksikan PH tumbang apabila Bersatu - ketika itu parti komponen PH - keluar daripada gabungan berkenaan, manakala 11 ahli parlimen PKR pula berpaling tadah.

Mereka diketuai Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Daripada 11 orang itu, 10 menyertai menyertai kerjasama dengan ahli parlimen BN dan PAS yang kemudian menyaksikan wujudnya Perikatan Nasional (PN).

Mereka juga menyertai Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin.

PKR menyaksikan siri pergeseran panjang antara Anwar dan Azmin, menyebabkan parti itu terbahagi dua antara penyokong orang nombor satu dan orang nombor dua parti.

Anwar dikatakan berusaha mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat dalam PN untuk merampas semula kerajaan - sesuatu yang pernah didakwa dimilikinya - tetapi gagal dibuktikannya setakat ini.

Pecahan terbaru sokongan di antara pihak kerajaan dan pembangkang dapat dianggar daripada undian bacaan ketiga Belanjawan 2021 yang menyaksikan 111 orang menyokong dan 108 orang menolak, manakala seorang berkecuali.

Tiada ulasan: