HALAMAN SANTAI

Sabtu, 26 Disember 2020

Nisa’ bantu pelajar hadapi persekolahan 2021

HARAKAH DAILY

KUALA KRAU: Nisa’ Kawasan Kuala Krau telah menganjurkan program ‘I Love School’ yang dilangsungkan di Dewan Sekolah Menengah Agama Darul Naim, di sini hari ini.

Program sumbangan untuk pelajar dari kalangan keluarga kurang berkemampuan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Krau menyentuh mengenai ujian ke atas manusia di mana hakikatnya datang daripada Allah S.W.T.

Antara ujian didatangkan kepada manusia ujarnya, adalah perasaan takut, lapar, kekurangan harta dan kematian di mana digalakkan untuk diucapkan “innalillahi wainna ilahi rajiun”.

Juga nasihatnya, disertakan dengan bersabar di mana ia berhubung langsung dengan Allah sebagai memohon keampunan, agar mendapat rahmat dan juga hidayah daripada Allah.

 

Beliau juga memuji usaha Nisa’ itu kerana inisiatif tersebut sangat membantu para waris dalam persediaan untuk memulakan sekolah nanti kerana adanya keperluan untuk dipenuhi.

Majlis dipimpin Ketua Nisa’ Kuala Krau, Nurul Atiqah Mohamad Rashid ini turut dihadiri Pegawai DUN Jenderak, Mohd Syukri Ali mewakili ADUN Jenderak, Dato’ Sri Mohamed Jaafar.

Seramai 41 penerima mendapat sumbangan pada majlis ini dan pihak Nisa’ juga mengadakan ziarah dari rumah ke rumah menyampaikan sumbangan di DUN Kerdau dan DUN Jengka. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: