HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Disember 2020

Dr M: ‘Kerajaan Melayu-Islam’ PN goyah, akan jatuh jika wakil rakyat bukan Islam tak sokong

SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad menepis label ‘kerajaan Melayu-Islam’ Perikatan Nasional sebagai ‘bohong’, kerana ia boleh tumbang sekiranya dua atau tiga orang Ahli Parlimen bukan Melayu-Islam menarik balik sokongan mereka.

Bekas perdana menteri itu menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional sebagai ‘goyah’, kerana tanpa sokongan pemimpin bukan Melayu-Islam itu, pentadbiran Muhyiddin Yassin akan tumbang.

“Kelebihan sokongan itu cuma dua hingga tiga sahaja. Kalau orang (pemimpin) daripada bangsa Cina dan India tidak sokong, maka akan jatuhlah kerajaan.

“Disebabkan dua hingga tiga bukan Islam ini boleh jatuh ‘kerajaan Melayu-Islam’,” katanya.

Tiada ulasan: