Abd Razak Mohd Ali
Kata
Tajuddin, kalau UMNO terpaksa berdiri sendiri, parti itu masih yakin
berbuat demikian, namun sebaiknya kekal bersama Pas dengan UMNO lagi
baik. - Gambar fail
PASIR SALAK:
Pas perlu membuat keputusan segera sama ada mahu bersama-sama dengan
Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini kerana setakat ini, parti itu masih belum pendirian yang jelas mengenai kerjasama mereka untuk menghadapi PRU-15.
Pengarah
Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keputusan
segera diperlukan kerana PRU-15 mungkin akan diadakan tidak lama lagi.
“Kalau
kita terpaksa berdiri sendiri, kita masih yakin dan saya yakin kita
boleh. Tapi kalau seeloknya boleh kekal bersama Pas dengan UMNO lagi
baik.
“Sekarang
ini dia orang (Pas) belum lagi bercakap (belum) buat keputusan yang
jelas. Cuma dia kata UMNO pun nak bersama dengan Muafakat Nasional dan
dia pun nak juga MN menerima Bersatu.
“Kita
(UMNO) nak Pas buat keputusan nak bersama dengan UMNO dalam MN ke
tidak, lekas buat keputusan sebab kita nak pilihan raya ini,” kata
beliau.
Tajuddin berkata demikian selepas
menyampaikan bantuan persekolahan di bawah Program Sejambak Kasih
anjuran Malaysia Dept Venture Berhad (MDV) di Kampung Gajah, Perak pada
Sabtu.
Turut hadir Pengerusi MDV, Khairul Azwan Harun.
Tajuddin
dalam masa sama menasihatkan Pas supaya membuat perkiraan terlebih
dahulu lebih untuk bersama UMNO dalam MN atau Bersatu di dalam PN.
Bagaimanapun,
beliau yakin, Pas akan lebih beruntung sekiranya bersama MN kerana UMNO
telah mempunyai struktur yang kukuh, termasuk di peringkat akar umbi.
Sehubungan
itu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu menggesa Pas agar membuat keputusan
dengan segera serta tidak menunggu hingga saat-saat akhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan