Faris Danial Razi
MUKHRIZ:
Beliau (Dr Mahathir) masih lagi mempunyai banyak
pengalaman yang boleh
dikongsikan, minda strateginya begitu hebat.
- Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya negara melihat kepada tokoh baharu sebagai pemimpin masa depan, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Demikian
pendapat Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, bercakap
mengenai isu calon Perdana Menteri, yang melihat ramai lagi tokoh sedia
ada yang berpotensi mengubah polemik politik.
“Bagi
saya, sudah tiba masanya kita lihat tokoh-tokoh baharu pula. Kalau
tidak, nama-nama sama juga yang disebut-sebut. Saya tidak pasti dari
segi daya tarikan rakyat yang memilih.
“Ini
termasuklah anak-anak muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) nanti. Ia akan membuatkan satu pihak itu boleh memenangi
pilihan raya ataupun tidak.
“Jadi,
saya rasa, inilah masanya untuk kita mengubah paradigma ataupun polemik
politik yang sedang kita alami ketika ini dan kita lihat pada
contoh-contoh baik yang telah ditunjukkan di banyak negara di dunia ini.
“Yang
mana, kadang-kadang muka baharu langsung orang tidak kenal pun, boleh
ditonjolkan dan menyebabkan satu gelombang baharu,” jelasnya.
Selain
itu, menjawab soalan sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad masih lagi memainkan peranan atau tidak dalam arena politik masa
depan, ini penjelasan beliau:
“Saya
berpendapat dia (Dr Mahathir) masih lagi mempunyai banyak pengalaman
yang boleh dikongsikan, dan minda strateginya yang begitu hebat, kalau
boleh saya sendiri mengakui.
“Ada perkara-perkara yang tidak terfikir oleh orang muda, yang berdasarkan kepada pengalaman yang begitu lama yang ada padanya.
"Jadi,
dia boleh kongsikan dengan kita untuk kita melakar strategi untuk
melawan saingan politik kita,” kata Mukhriz dalam sesi Dialog
Pembangkang dikendalikan penyampai Astro AWANI, Luqman Hariz pada
Selasa.
Dialog itu turut disertai tiga
panel lain iaitu Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke;
Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis dan Naib Presiden
PKR, Tian Chua.
Sementara itu, Mukhriz
menjelaskan, pihaknya hanya bersetuju untuk membentuk percaturan politik
baharu atau grand coalition jika gabungan itu tidak melibatkan kluster
mahkamah.
“Kita ingin tahu, kalau ada
grand coalition, adakah ia akan melibatkan pihak kluster mahkamah, kalau
ada puak puak sebegitu, maka kita tidak akan bersamalah.
“Setakat
yang kami dengar daripada rakan-rakan dari Pakatan Harapan (PH), mereka
pun tidak mahu mendekati golongan ini dan itu satu berita baik bagi
kita.
“Jadi daripada situ, bolehlah kita
bincang apa bentuk kerjasama yang boleh kita pupuk menjelang PRU15,”
jelas Ahli Parlimen Jerlun itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan