Faris Danial Razi
Abu
Hafiz berkata, sentimen politik watak dan tokoh wujud ketika ini
sehingga menjadi satu kesukaran untuk membentuk kejujuran. -
Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia masih terikat dengan arena politik yang mengidolakan tokoh-tokoh pemimpin lama.
Ia realiti yang perlu diakui setiap rakyat, kata Ketua Pemuda Pejuang Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Beliau menegaskan, sentimen tersebut wujud ketika ini sehingga sukar untuk membentuk kejujuran dalam politik.
“Apa yang perlu kita akui adalah, Malaysia masih lagi terikat dengan politik watak dan tokoh, sama ada kita suka atau tidak.
“Tetapi,
bagaimana kelompok orang muda itu dapat menjadi ruang untuk
dimanfaatkan, dengan kewujudan parti parti politik yang ada ini?
“Kita
masih lagi belum terkeluar daripada kerangka itu. Saya setuju dengan
kenyataan bahawa kejujuran politik itu masih dilihat sukar untuk
berlaku.
“Saya juga antara yang
mengangkat perkara ini sebelum berlakunya Langkah Sheraton lagi, perlu
kejujuran apabila kita mahu dikenang,” ujar beliau.
Abu
Hafiz secara relatif mengakui, pihaknya tidak bersetuju untuk menyertai
Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu digelar sebagai pengkhianat.
“Saya
pun tidak bersetuju untuk pergi bersama (PN), kerana kita akan dikenang
sebagai pengkhianat. Dan saya juga tidaklah begitu ketat sehingga tidak
boleh menerima pilihan lain.
“Oleh
kerana itu, kita akan lihat, apabila bercakap tentang politik kejujuran
itu, masih lagi tersangkut-sangkut. Kerana, sejujurnya, kita sendiri
tidak mahu berterus-terang.
“Sehingga
menyebabkan masalah. ... Kerana itu saya katakan, perlu kembali kepada
meja rundingan untuk sembang antara rakan-rakan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu ditemu bual menerusi program Dialog Pembangkang di Astro AWANI yang berjudul 'Grand Coalition: Percaturan baharu pembangkang dan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15' malam tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan