HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Disember 2020

Pejuang akan gerak guna NGO sehingga JPPM lulus parti, kata Mukhriz

SHAH ALAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang sehingga kini belum mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan menggunakan badan pertubuhan bukan kerajaan untuk gerak kerjanya, kata presiden penajanya, Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata ahli parti berkenaan dibenarkan menggunakan Pertubuhan Gerak Khidmat Malaysia (Khidmat) sementara menunggu pandaftaran diluluskan JPPM.

“Tuan-tuan dibenarkan NGO ini untuk apa-apa juga aktiviti kita mewakili parti. Apabila sudah lulus, tuan-tuan boleh ambil sebagai usaha-usaha yang dilakukan oleh Pejuang,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perjuangan 2021.

Mukhriz berkata, ketika ini segala urusan JPPM sudah dipenuhi jawatankuasa penaja, namun sehingga kini belum mendapat sebarang kelulusan daripada jabatan berkenaan, yang baginya seolah-olah ada campur tangan.

“Agak pelik, walaupun dalam akta pertubuhan jelas, kuasa meluluskan ada pada pendaftar JPPM tetapi hal pendaftaran Pejuang ini mungkin agak istimewa.

“Ia kerana nota makluman sudah dihantar kepada menteri dalam negeri,” katanya.

Tiada ulasan: