HALAMAN SANTAI

Khamis, 31 Disember 2020

Pembangkang tidak ada tokoh untuk dinamakan sebagai PM - Penganalisis .

Irwan Muhammad Zain
Pembangkang tidak ada tokoh untuk dinamakan sebagai PM - Penganalisis
MUJIBU:'Gabungan pembangkang masih tidak mempunyai tokoh 
yang sesuai untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum 
PRU15.' - Gambar fail
 
KUALA LUMPUR: Ketika berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), gabungan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan (PH) sepakat menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri sekiranya memenangi pilihan raya tersebut.
 
Sebelum itu, dalam sekian banyak pilihan raya umum kecuali pada 1990 dan 1995, pembangkang tidak dapat menamakan calon perdana menteri mereka.
 
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berpendapat blok pembangkang hanya akan mengumumkan calon perdana menteri apabila Parlimen dibubarkan kelak.
 
Ini kerana katanya, gabungan pembangkang masih tidak mempunyai tokoh yang sesuai untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri sebelum PRU15.
 
"Secara ringkas saya berpendapat mereka tidak ada tokoh yang paling sesuai untuk ditonjolkan sebagai perdana menteri melainkan kalau mereka masih mahu mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon utama.
 
"Secara ringkas saya boleh berpendapat barangkali ini (calon perdana menteri) akan diumumkan ketika Parlimen dibubarkan, di situ mereka (pembangkang) akan mengumumkan calon perdana menteri untuk menghadapi pilihan raya," katanya kepada Astro AWANI.

Tiada ulasan: