KUCHING: Pakatan Harapan mungkin bekerjasama dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12 sebagai gabungan longgar, tetapi pertembungan antara dua parti itu dijangka berlaku di beberapa kerusi.
Penganalisis berkata, sungguhpun parti pembangkang akan menjalin kerjasama untuk menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS), isu kerusi yang menjadi rebutan PH dan PSB memerlukan penyelesaian.
“PSB memperlihatkan minatnya di beberapa kerusi, yang juga dianggap kerusi dapat dimenangi DAP dan PKR,” kata penganalisis politik, James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania kepada FMT.
“Itu sebabnya mengapa Presiden PSB, Wong Soon Koh berkata pihaknya
hanya mengadakan perbincangan secara tidak rasmi mengenai kerjasama
dengan DAP mengenai pembahagian kerusi,” kata beliau.
Beliau berkata, perbincangan tidak rasmi itu bermakna isu kerusi bertindih belum dimuktamadkan lagi.
Chin berkata, erjasama PH dan PSB juga dikekang ketidakpercayaan antara Wong, Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen serta Ketua PKR negeri, Larry Sng.
Katanya, Wong selalu menyerang DAP di Dewan Undangan Negeri, ketika beliau masih berada dalam kerajaan, manakala Sng pula pernah menyertai Barisan Nasional.
“Jadi, mereka semua (pemimpin pembangkang) memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dengan satu sama lain untuk menjalin kerjasama sebagai gabungan pembangkang Sarawak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan