HALAMAN SANTAI

Ahad, 27 Disember 2020

KJ cedera akibat jatuh basikal

KJ
Kesan lebam dan luka pada wajah Khairy akibat jatuh ketika 
menunggang basikal.

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar mengalami kecederaaa akibat kemalangan semasa menunggang basikal di lokasi yang tidak diketahui hari ini.

“Jalan berlubang, parit, KJ. 2020 sentiasa memberi,” katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsi tiga keping gambar menunjukkan kesan lebam dan luka pada mukanya akibat kemalangan yang sama.

kj-2 

Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau, Raja Syahrir Raja Abu Bakar mengesahkan Khairy hanya mengalami kecederaan ringan.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah Khairy hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” ujarnya melalui Twitter. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: