HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Disember 2020

Pas nafi batal kerjasama dengan UMNO dalam MN, dakwa ia berita palsu

Astro Awani
Pas nafi batal kerjasama dengan UMNO dalam MN, dakwa ia berita palsu
Setiausaha Akhbar Presiden Pas menegaskan kenyataan itu adalah palsu, 
bukan dari Abdul Hadi.
 
KUALA LUMPUR : Pas menafikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengeluarkan kenyataan kononnya parti itu membatalkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
 
Melalui akaun Facebook rasmi Abdul Hadi hari ini, Setiausaha Akhbarnya, Abdul Malik Ab Razak menegaskan kenyataan yang disebarkan itu adalah palsu.
 
“Adalah dimaklumkan kenyataan ini (rujuk gambar) adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.
Sumber Facebook abdulhadiawang
 
“Sebarang kenyataan rasmi Presiden PAS boleh dirujuk melalui Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
 
“Sekian, terima kasih,” tulisnya dalam status dimuat naik hari ini.
 
Dalam kenyataan pendek disebarkan di media sosial semalam, Abdul Hadi kononnya memberitahu membatalkan kerjasama dengan UMNO seterusnya berkata Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding dalam semua kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan: