Astro Awani
Norizan
menegaskan, kesilapan jelas dilakukan bekas Perdana Menteri
itu dalam
pelantikan Peguam Negara yang sepatutnya diperuntukkan
kepada individu
Melayu. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad hendaklah berhenti membuat kenyataan
seolah-olah cuba mempertahankan dirinya sendiri berhubung sebarang isu
melibatkan pelantikan Tan Sri Tommy Thomas.
Ketua
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kepong, Datuk Norizan Ali
menegaskan, kesilapan jelas dilakukan bekas Perdana Menteri itu dalam
pelantikan Peguam Negara yang sepatutnya diperuntukkan kepada individu
Melayu.
Jelasnya, ia sesuai dengan kedudukan orang Melayu sebagai majoriti serta Islam sebagai agama Persekutuan negara.
"Lantikan
Tommy oleh Dr Mahathir yang memecah tradisi pada 2018 lalu bukan saja
menghilangkan kepercayaan majoriti rakyat, malah penghinaan kepada
bangsa Melayu.
"Pelantikan
itu juga telah merosakkan perpaduan kaum berbanding pelantikan Peguam
Negara Melayu sebelum ini yang diterima baik oleh pelbagai lapisan
masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dr
Mahathir sebelum ini menyatakan kekesalannya melantik Tommy sebagai
Peguam Negara, individu yang telah mengkritik beliau dalam memoirnya.
Seandainya
diberi peluang untuk mengundurkan waktu, Dr Mahathir berkata, beliau
tentu sekali tidak akan memilih Tommy, sebaliknya, melantik individu
lain untuk mengisi jawatan berkenaan.
Dalam pada itu kata Noriza, buku tulisan Tommy, 'Justice In The Wilderness' adalah suatu pendedahan yang boleh memalukan negara di mata dunia dan tidak sepatutnya diterbitkan.
"Ia
juga meletakkan negara menjadi perhatian yang tidak sepatutnya di
peringkat antarabangsa, selain menjadikan rakyat hilang hormat serta
keyakinan terhadap institusi Jabatan Peguam Negara itu sendiri.
"Kerajaan
digesa mengambil beberapa tindakan pantas dengan segera termasuk
langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang patut bertindak mengharamkan
buku tersebut serta menariknya daripada pasaran," tegasnya.
Tambahnya,
siasatan segera hendaklah dilakukan selepas banyak laporan polis dibuat
yang mendakwa buku tersebut membuat beberapa pendedahan dan tohmahan
yang tidak sepatutnya.
Kata Norizan,
gelaran Tan Sri yang dipegang Tommy sekarang seharusnya ditarik balik
kerana buku tersebut juga jelas melanggar sumpah simpan rahsia Tommy
sebagai Peguam Negara.
Mengulas lanjut,
Norizan meminta negara bergerak ke hadapan dengan lebih baik lagi
selepas kerajaan membuat tindakan dalam hal berkenaan.
"Kita
sebagai rakyat haruslah fokus kepada isu sebenar yang sedang melanda
negara, seperti menangani COVID-19 dan hendaklah mengetepikan sementara
segala kepentingan puak atau kumpulan tertentu semata-mata.
Sehingga
Ahad, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan,
pihaknya telah menerima 16 laporan daripada pelbagai pihak berhubung
penerbitan buku berbentuk memoir tulisan Tommy, sejak isu berkenaan mula
mendapat perhatian ramai beberapa hari lepas.
Tegasnya,
susulan laporan berkenaan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 dan
Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan