Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meluahkan salah satu perkara yang membuatkan dirinya sedih apabila beberapa rakan baiknya memutuskan persahabatan selepas berlakunya perubahan kerajaan pada 2020.
Dalam satu temubual bersama Talk, Now, program dalam talian terbaru MalaysiaNow, Azhar menceritakan bagaimana sikap rakan-rakannya yang bertindak “seolah-olah mereka bukan kawan saya”.
Bagaimanapun Azhar, yang sebelum ini menulis di blog menggunakan nama pena Art Harun sebelum dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya semasa pemerintahan Pakatan Harapan, menyifatkan peranannya dulu dan sekarang masih sama, tidak menyokong mana-mana pihak.
Azhar bagaimanapun gembira dapat memainkan peranan penting dalam mengetuai sidang Dewan Rakyat kerana mempunyai rakan di kedua-dua belah pihak.
“Saya tak berubah. Saya kat tengah sini. Dulu A sebelah kiri, A tengok sebelah kiri saya. B kat kanan, B tengok sebelah kanan saya.
“Sekarang, saya masih kat tengah. B dah datang ke sini, A dah datang ke sini,” katanya merujuk kepada perubahan kedudukan di Dewan Rakyat selepas Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.
“Itu saja. Tak ada udang, tak ada batu. A dulu, dia nampak batu. B dulu nampak udang. Sekarang B nampak batu, A nampak udang. Saya (masih) kat sini,” katanya merujuk kepada penubuhan kerajaan baru pada Februari 2020 yang menyaksikan Muhyiddin Yassin dilantik untuk memimpin kerajaan baru berikutan kejatuhan Pakatan Harapan.
Azhar bagaimanapun gembira dapat memainkan peranan penting dalam mengetuai sidang Dewan Rakyat kerana mempunyai rakan di kedua-dua belah pihak.
“Reaksi yang saya dapat, sangat mengejutkan. Ia masih mengejutkan saya sehingga kini.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan