puteradaily.com
Zahid Hamidi sekali lagi ditekan utk letak jawatan Presiden UMNO dari kalangan pemimpin parti sendiri. Kali ni Ketua UMNO Paya Besar Tajuddin Sulaiman plk desak Zahid lepaskan jawatan parti utk elak UMNO kena buli dgn parti lain. Tajuddin anggap Zahid ni liability kepada UMNO ketika parti tgh berusaha nak kembalikan sokongan rakyat menjelang PRU15 nanti.
Kegagalan Zahid nak pulihkan persepi parti disebabkan kes2 mahkamah dia dah menyebabkan imej UMNO semakin buruk sampai senang dibuli pihak lawan. Kes mahkamah Zahid ni sebenarnya dah heret parti sekali selagi dia pegang jawatan Presiden. Tak pasal2 imej parti pun terpalit dgn skandal dia dan ahli2 lain yg kena tanggung imej buruk dia.
Kelemahan Zahid pun makin jelas bila dia gagal nak kuasai ahli MT UMNO dlm isu kerjasama dgn PN masa PRU15 nanti sampai Zahid guna kuasa veto utk halang kerjasama tu sedangkan MT setuju nak berganding dgn PN. Bagi Zahid kerjasama dgn parti yg tak tolong kes dia takkan bantu BN dan sampai sekarang dia gagal nak tetapkan pendirian samada BN nak gerak solo atau cari geng baru.
Bukan Tajuddin sorang je yg nak Zahid lepaskan jawatan parti. Ramai lg org2 UMNO yg dah muak dgn cara Zahid pimpin parti kesayangan diorang sebab dah jauh menyimpang dari landasan betul. Zahid dah bt UMNO jadi gila kuasa sampai serang parti2 dlm PN semata-mata nak jadi dominan. Apa yg Zahid bt ni bukannya jadikan UMNO dominan tapi jadi target utk rakyat serang balik parti dan bwk imej yg sama masa UMNO kalah PRU14 dulu.
Sebab tu lah pemulihan parti yg dicanang-canang UMNO takkan jadi selagi pemimpin bermasalah mcm Zahid jadi Presiden. Suara Tajuddin takkan jadi yg terakhir utk desak Zahid letak jawatan. Kalau Zahid tetap tak sedar, tunggu rakyat yg sedarkan dia masa PRU15 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan