HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Februari 2021

Lagi Adun Warisan nafi dakwaan lompat ke GRS

Adun Bongawan, Daud Yusof ialah wakil rakyat keenam yang menafikan 
dakwaan sebuah portal berita. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Seorang lagi Adun Warisan menafikan laporan mengaitkan beliau antara enam wakil rakyat yang akan melompat ke Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Adun Bongawan, Daud Yusof menyifatkan dakwaan portal berita itu “mengarut”.

Katanya, beliau tidak akan membelakangkan kepercayaan dan mandat yang diberikan pengundi kepadanya.

“Ini di sebalik cabaran yang dihadapi pembangkang.

“Tiada ada perkara sedemikian (meninggalkan Warisan). Portal itu berbuat demikian tanpa sebab – saya bukan berada di sini demi wang, tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, beliau tetap setia kepada Presidennya, Shafie Apdal dan berikrar akan bekerja keras untuk rakyat di bawah panji Warisan.

Selain Daud, portal itu mendakwa Adun lain, iaitu Assaffal Alian (Tungku), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), Mohammad Mohamarin (Banggi), Norazlinah Arif (Kunak) dan Azhar Matussin (Darau), bakal meninggalkan Warisan untuk menyertai GRS.

Bagaimanapun, semuanya menafikan dakwaan itu.

Laporan itu menyusul pengumuman Adun Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir meninggalkan Warisan pada Khamis lalu. Beliau menyuarakan sokongan kepada GRS dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Tiada ulasan: